13 April 2009

GPMS Bertukar Kepimpinan


Gambar : Cikgu Zaidi (kiri) menerima "fail kuasa" daripada Dato' Ahmad Kamal.

12 April - Tepat jam 10.15 malam, bertempat di Rumah GPMS Raub, secara rasmi kepimpinan GPMS Raub telah bertukar ke barisan kepimpinan yang baru. Majlis ringkas dan gimik pertukaran "fail kuasa" telah dilakukan oleh mantan YDP, Dato' Ahmad Kamal Jamlus kepada YDP baru, Cikgu Zaidi Kamarudin. Pertukaran kepimpinan ini dilakukan berikutan dari pertukaran pertubuhan yang menjadikan GPMS diletakkan di bawah akta belia.



Kepada kepimpinan yang baru, diharapkan agar dapat menggerakkan aktiviti GPMS dengan lebih cemerlang lagi. Barisan kepimpinan yang lama sentiasa sudi memberi tunjuk ajar sekiranya sumbangan pendapat dan tenaga diperlukan. YDP baru dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan menerajui GPMS Raub dan akan cuba sedaya upaya menggerakkan GPMS demi memajukan pendidikan anak-anak Melayu khususnya. Pemilihan AJK yang baru akan dibuat selepas mesyuarat agung nanti.

3 comments:

Syed @ Don said...

bila mesyuarat agung? kalau ada yang ingin menjadi ahli gpms, bagaimana? apa kebaikan dan hala tuju gpms sehinggakan di menjadi salah sebuah persatuan yang di iktiraf kerajaan?

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

Penyambung Warisan said...

Tahniah.

Teruskan perjuangan