18 November 2009

Makluman

Assalamualalikum kepada semua warga GPMS. Blog ini telah diserahkah kepada pengurusan yang baru di bawah Cikgu Zaidi Kamarudin. Sebagai pengendali blog ini, saya masih lagi menunggu-nunggu penyerahan daripada kepimpinan baru untuk meneruskan pengendalian blog ini. Sekiranya tiada perkembangan terkini daripada pengurusan baru, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Andai ada warga GPMS tak kira dari mana, bolehlah rujuk kepada YDP baru seperti yang saya nyatakan.

Sekian, terima kasih.

13 April 2009

GPMS Bertukar Kepimpinan


Gambar : Cikgu Zaidi (kiri) menerima "fail kuasa" daripada Dato' Ahmad Kamal.

12 April - Tepat jam 10.15 malam, bertempat di Rumah GPMS Raub, secara rasmi kepimpinan GPMS Raub telah bertukar ke barisan kepimpinan yang baru. Majlis ringkas dan gimik pertukaran "fail kuasa" telah dilakukan oleh mantan YDP, Dato' Ahmad Kamal Jamlus kepada YDP baru, Cikgu Zaidi Kamarudin. Pertukaran kepimpinan ini dilakukan berikutan dari pertukaran pertubuhan yang menjadikan GPMS diletakkan di bawah akta belia.



Kepada kepimpinan yang baru, diharapkan agar dapat menggerakkan aktiviti GPMS dengan lebih cemerlang lagi. Barisan kepimpinan yang lama sentiasa sudi memberi tunjuk ajar sekiranya sumbangan pendapat dan tenaga diperlukan. YDP baru dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan menerajui GPMS Raub dan akan cuba sedaya upaya menggerakkan GPMS demi memajukan pendidikan anak-anak Melayu khususnya. Pemilihan AJK yang baru akan dibuat selepas mesyuarat agung nanti.