17 November 2008

Mesyuarat AJK GPMS Raub

13 November 2008 - Satu mesyuarat AJK GPMS Raub telah diadakan di Rumah GPMS jam 9.00 malam. Mesyuarat bertujuan membincangkan beberapa isu terkini tentang perancangan masa depan GPMS dan juga perkara berbangkit yang perlu diambil tindakan segera. Seramai 14 AJK hadir dalam mesyuarat dan dipengerusikan oleh YDP GPMS Raub, Dato' Ahmad Kamal bin Jamlus. Mesyuarat tamat jam 11.30 malam.

BERITA GPMS KEBANGSAAN

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar pertubuhan bukan kerajaan (NG0) bukan Islam tertentu tidakk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Dalam satu kenyataan akhbar kepada Sinar Harian, Presidennya, Datuk Rezal Merican Naina Merican berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Fatwa dan memperlekehkan keputusan pengharaman kumpulan wanita yang menyerupai lelaki itu.
"GPMS cukup percaya fatwa adalah suatu keputusan ulama yang cukup teliti dan berhemah, diperkasa lagi dengan sandaran rujukan agama yang tuntas dan padu. Sewajarnya, keputusan seperti ini tidak disanggah dan wajib dihormati oleh semua pihak," katanya. Beliau turut menyelar tindakan beberapa NGO seperti Katagender dan Footnot-Bombs yang mengadakan demonstrasi berkenaan isu tersebut dan mengingatkan kumpulan tersebut bahawa keputusan Majlis Fatwa berkait langsung dengan soal hukum agama.
"Ia tidak wajar sama sekali dibawa ke jalanan sebagai modul demonstrasi yang sempit dan dangkal," tegasnya. Beliau berharap, amaran Ketua Polis Negara agar tidak mempertikaikan keputusan pengharaman pengkid dijadikan sempadan kepada mana-mana pihak yang terus mempersoalkan hukum agama. Reezal turut mengingatkan pihak berkenaan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan budaya keterbukaan songsang sehingga sanggup menidakkan dan bersikap celupar terhadap institusi agama seperti Majlis Fatwa. "Dalam isu yang berkaitan dengan agama, kita perlu mempunyai suara tegas apatah lagi tunduk dengan desakan NGO yang entah apa asas 'akal budinya'. "Jangan kita terlalu ghairah untuk mencampuradukkan semua perkara sehingga gagal menerima pandangan para ulama dan mufti," tegasnya.
(Petikan dari SINAR HARIAN : Sabtu 15 November 2008 - N8)