17 November 2008

Mesyuarat AJK GPMS Raub

13 November 2008 - Satu mesyuarat AJK GPMS Raub telah diadakan di Rumah GPMS jam 9.00 malam. Mesyuarat bertujuan membincangkan beberapa isu terkini tentang perancangan masa depan GPMS dan juga perkara berbangkit yang perlu diambil tindakan segera. Seramai 14 AJK hadir dalam mesyuarat dan dipengerusikan oleh YDP GPMS Raub, Dato' Ahmad Kamal bin Jamlus. Mesyuarat tamat jam 11.30 malam.

BERITA GPMS KEBANGSAAN

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar pertubuhan bukan kerajaan (NG0) bukan Islam tertentu tidakk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Dalam satu kenyataan akhbar kepada Sinar Harian, Presidennya, Datuk Rezal Merican Naina Merican berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Fatwa dan memperlekehkan keputusan pengharaman kumpulan wanita yang menyerupai lelaki itu.
"GPMS cukup percaya fatwa adalah suatu keputusan ulama yang cukup teliti dan berhemah, diperkasa lagi dengan sandaran rujukan agama yang tuntas dan padu. Sewajarnya, keputusan seperti ini tidak disanggah dan wajib dihormati oleh semua pihak," katanya. Beliau turut menyelar tindakan beberapa NGO seperti Katagender dan Footnot-Bombs yang mengadakan demonstrasi berkenaan isu tersebut dan mengingatkan kumpulan tersebut bahawa keputusan Majlis Fatwa berkait langsung dengan soal hukum agama.
"Ia tidak wajar sama sekali dibawa ke jalanan sebagai modul demonstrasi yang sempit dan dangkal," tegasnya. Beliau berharap, amaran Ketua Polis Negara agar tidak mempertikaikan keputusan pengharaman pengkid dijadikan sempadan kepada mana-mana pihak yang terus mempersoalkan hukum agama. Reezal turut mengingatkan pihak berkenaan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan budaya keterbukaan songsang sehingga sanggup menidakkan dan bersikap celupar terhadap institusi agama seperti Majlis Fatwa. "Dalam isu yang berkaitan dengan agama, kita perlu mempunyai suara tegas apatah lagi tunduk dengan desakan NGO yang entah apa asas 'akal budinya'. "Jangan kita terlalu ghairah untuk mencampuradukkan semua perkara sehingga gagal menerima pandangan para ulama dan mufti," tegasnya.
(Petikan dari SINAR HARIAN : Sabtu 15 November 2008 - N8)

24 October 2008

Rumah Terbuka Aidil Fitri




GPMS Raub telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidil Fitri pada 10 Oktober lepas. Majlis yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat, pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua jabatan kerajaan dan swasta serta orang individu yang diundang khas ke majlis ini. Dianggarkan kira-kira 800 orang tetamu yang memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran semua hadirin amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Selamat Hari Raya Aidil Fitri....maaf zahir dan batin - Dari seluruh kepimpinan GPMS Raub.



29 September 2008

17 September 2008

JAMUAN BERBUKA PUASA


Majlis berbuka puasa GPMS Raub diadakan pada 17.9.2008 di Restoran Sentosa. Jamuan yang dianjurkan oleh YDP berlangsung dalam suasana yang sederhana. Kehadiran terdiri daripada AJK GPMS sahaja bagi meraikan bulan yang mulia ini. Seramai 15 AJK yang hadir. GPMS Raub merancang untuk mengadakan Jamuan Hari Raya pada akan datang dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

10 September 2008

Kem Kecemerlangan UPSR

GALI 29 Ogos - Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat, KEMAS Gali, Kem Kecemerlangan UPSR bagi sekolah-sekolah luar bandar telah diadakan. Kem Kecemerlangan dengan kerja sama GPMS Raub dan Pejabat Pendidikan Daerah Raub ini melibatkan seramai 78 orang peserta. Program 3 hari 2 malam ini bertujuan mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan soalan UPSR yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Septembar nanti. Selain daripada itu, aktiviti riadah juga tidak ketinggalan.

Kem ini menggunakan sepenuhnya tenaga pengajar dari ahli GPMS Raub yang juga merupakan guru-guru pakar dalam bidang masing-masing. Di antara guru yang terlibat adalah Cikgu Saari, Cikgu Jamil, Cikgu Zahuri, Cikgu Jonaidi dan beberapa orang lagi yang bertindak sebagai urusetia dan pengurus program ini.
(YDP GPMS Raub semasa ucapan penutupan)
Majlis penutupan program ini disempurnakan oleh Yang Dipertua GPMS Raub, Encik Ahmad Kamal bin Jamlus. Dalam ucapan penutupnya, beliau berharap agar murid-murid yang akan menempuh peperiksaan UPSR akan berjaya dengan cemerlangnya. Program seperti ini juga akan diteruskan melibatkan peperiksaan PMR dan STPM. Setiap peserta menerima sijil penyertaan.





09 September 2008

BLOG RASMI GPMS CAWANGAN RAUB

Pada hari ini, 9 September 2008, dengan rasmi wujudnya blog GPMS Cawangan Raub. Berita-berita terkini akan menyusul. Semoga kewujudannya akan menyemarakkan lagi aktiviti GPMS Raub.

- Pengarang